Tuesday, February 7, 2012

Perintah Berkurung!

Assalamualaikum wahai blogku sayang.


Lama rasanya tak update blog. Paling last pasal outing hari tu. Jadi untuk bulan februari ni, ni la entri pertama. Perintah berkurung!? Cerita ni lama dah sebenarnya. Masa bulan lalu lagi. Seminggu sebelum cuti CNY dan seminggu lagi masa cuti CNY. Tapi rasanya dekat 3 minggu juga kot. Apa pula ceritanya? Tak pi kuliah seminggu tu? Ponteng eh? Mana ada. Saya budak baik tau. Konon la. Hehehe.. Em saja nak mengingat kembali perkara tu dengan mencoret kat blog tercinta ni. Kiranya blog ni jadi diari la. Malas menulis kan. Kalau menaip ok sikit.


Kisahnya bermula pada 12 januari. Masa tu terlibat dengan MPPB untuk pelajar GSTT. Dah la jadi MC. Muka rasa lain sudah. Timbul bintik-bintik merah. Sebenarnya sejak ahad atau isnin lagi demam sudah. Bising-bising tanya kawan sama ada aku kena cacar atau tak. Akhirnya mimpi jadi nyata. Aku kena CACAR!! Or nama saintifik dia chicken pox. Padahal sebelum balik sini, sibuk soal-soal mama kalau aku pernah kena cacar tau tak masa kecil dulu. Mama cakap mama pun tak ingat. Rasanya macam sudah. Kalau sudah pernah kena masa kecik dulu, mesti antibodi aku tak cukup kuat lagi. Sebab tu kena balik. Reason pertama pula, mesti la takdir dah kena cacar. Bagus juga la kena awal-awal. Sebab orang cakap, bahaya kalau dah tua-tua kena cacar ni. Macam lain pula perkataan tua ni, guna veteran la. Hehehe..


Muka lebih kurang macam ni la masa tu. Tapi syukur sangat sebab tak juga teruk sangat macam budak ni. Tapi aku tabik spring la dengan budak ni. Tabah betul! Siap senyum lagi. Aku pula, tiadanya kekuatan sudah untuk senyum. Siap nangis-nangis lagi masa family telefon. Lebih-lebih lagi masa dengar suara mama. Huhuhu.. Macam mau terbang ja balik KK. Tapi mengingatkan pasal tiket, terpaksa la bersabar ja. Sebab dalam perancangan, memang tak balik masa cuti CNY. Kalu naik bas pula, tak larat rasanya. Masa kecik-kecik best la kena cacar ni. Tapi tak juga best sangat sebenarnya. Hehehe.. Masa kecik,  mana faham apa-apa lagi. Tapi bila sudah besar panjang ni, mau pula kena layan macam puteri masa sakit. Besar panjang? Tak la besar dan panjang mana pun. Kecik dan rendah sebenarnya. Hahaha..


Sara dengan Eda yang tolong uruskan masa pi klinik. Kena la ikut prosedur. Thanks a lot sayangs sebab tolong uruskan. Kalau tak, mesti tak dapat pi klinik. Last-last, 2 orang pak cik dengan 2 orang mak cik yang hantarkan. Tapi dorang terus pi bandar. Hantarkan aku kat Klinik Balung ja. Sampai sana, semua orang hairan tengok. Macam la aku ni makhluk asing. Huhuhu.. Aku pun diam ja la. Pi mendaftar dan tunggu giliran. Pembantu perubatan siap pesan segala pantang larang masa kena cacar ni. Satu pantang yang paling penting untuk dielakkan, KICAP. Kalau tak, mesti berbekas. Lagi, seafood dengan telur. Lepas ambik ubat, terus telefon ip. Minta jemput.





Nasib baik 2 orang abang yang jemput aku sporting orangnya. Memahami orang sakit la katakan. Siap carikan mana-mana kedai yang ada jual buah kelapa. Jadi masa balik dari klinik, sempat singgah beli kelapa dekat Balung. Orang kata kelapa ni bagus untuk orang kena cacar. Nasib baik la juga, masa tu ada orang jual kelapa. Terus beli 2 biji. Mahal juga la harga dia. RM2.50 sebiji. Kalau dekat kampung, tiadanya mau beli-beli. Minta ja bapa kait. Jangan kan 2, 10 biji pun boleh dapat kalau kat kampung. Hidup di perantauan, kena la sabar. Huhuhu..


Aku kena bagi cuti dari hari khamis sampai isnin ja. Tak sempat pun cacar aku baik. Jadi ambik keputusan untuk tambah cuti. Bukan pandai-pandai tau. Siap tanya KJ HEP lagi. Miss pun tak suruh aku pi kuliah. Jadi aku pun tambah cuti dari hari selasa sampai jumaat. 4 hari. Miss pesan buat surat sakit ja untuk HEP. Tapi, sampai sekarang..aku belum lagi buat. Sibuk. Hehehe.. Nanti la dalam minggu ni aku buat. Miss, minggu depan saya hantar ya..



Kerja aku selama cuti, tidur ja. Tiada kerja lain. Ni la kawan setia aku masa sakit, KATIL. Cantik kan katil aku? Katil ni nama dia katil nest. Hehehe.. Lagi kawan aku, laptop. Solat pun susah. Makan lagi la, langsung tiada selera. Jarang makan. Kalau makan pun, makan biskut dengan minum nestum ja. Kadang-kadang makan maggi dengan nasi. Kalau mama tau aku makan maggi, mesti mama marah. Hehehe.. Tapi mau buat macam mana lagi, tu ja yang paling express dan senang.  






Tiba-tiba makan maggi pembalut warna hijau ni. Perisa ayam. Sebab tak boleh makan pedas. Tomyam diketepikan buat sementara. Sekali lagi, Eda yang tolong. Dia tolong belikan biskut, nestum dengan maggi. Thanks Da. Thanks juga untuk Mijo Latif sebab belikan aku Pepsi. Last but not least, terima kasih kepada semua kawan-kawan yang bagi semangat dan ziarah aku masa sakit hari tu. Hehehe.. Macam buat penghargaan untuk KKP la pula. Hahaha..


Plus semua, hampir 3 minggu juga aku cuti. Perintah berkurung dalam bilik. Tersangat la bosan. Lebih-lebih lagi masa cuti CNY. Kerja aku tengok movie, tidur, menaip novel, online fb, solat, makan. Tu ja setiap hari. Tiada aktiviti lain. Apa yang aku dapat masa sakit, aku sedar satu perkara. Sentiasa la syukuri nikmat kesihatan yang ALLAH bagi. Sebab tersangat la payah masa sakit. Moga sakit yang dialami, menghapuskan dosa-dosa terdahulu. InsyaALLAH...


Nikmat yang sering dilupakan ada 2. Nikmat sihat dan masa lapang. Jangan tunggu waktu sakit dan waktu sempit untuk beribadah dan buat segala perkara. Syukuri nikmat yang diberi. Lagi, ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.


Sampai sini untuk kali ni. Nanti update lagi.

No comments:

Post a Comment