Tuesday, February 21, 2012

~Si Mulut Becok dan Lelaki Idamannya~

Assalamualaikum semua..


Sebenarnya mau update blog pasal BIG, tapi belum dapat gambar-gambarnya lagi..tangan ni pula mula la gatal mau menaip yang ntah apa-apa..saja mau merepek sorang-sorang..best apa..hehehe..*buat-buat macam sudah siap semua kerja..jadi ni la dia-si mulut becok dan lelaki idamannya..


Si mulut becok?siapa tu?em, gambar kat bawah tu la orangnya..agak comel kan?please say yes..*minta puji jap..

Gambar latest..sempat bergambar pagi tadi masa rehat..

Alkisahnya,aku la si mulut becok tu..becok ka?boleh la..sebabnya kalau sudah mula bercakap,pandai la tu non-stop..merepek,merapu..semua ada..penyakit yang aku sendiri pun baru sedar..sebab kalau dulu,nda la juga teruk macam sekarang ni..sekarang,aku akan main cakap ja..contohnya macam pembentangan..kadang-kadang aku sendiri pun nda ingat sangat apa yang aku sudah cakap..sampai begitu sekali ni..tapi bentang ikut pengetahuan juga la..kalau nda,malu la kat depan tu nanti..


Gambar hiasan semata-mata..sempat lagi nampak penyakit-penyakit mulut masa google tadi..terus cepat-cepat close tab..

Persepsi orang dengan aku ni,pertamanya-serius..serius sangat ka ar?kali la..tapi bila sudah kenal,mesti persepsi tu akan berubah..aku ni boleh tahan juga..pandai datang 'gila-gila'..means of that,boleh juga di bawa bergurau..penegasan di sini,serius saya nda juga sampai tahap 'makan orang'..makan nasi juga..hehehe..jadi lepas ni jangan la segan untuk tegur..


Ok siap pasal cerita si mulut becok..beralih pula pada lelaki idaman..ni apa kes tiba-tiba pasal lelaki idaman ni?saja ja sebenarnya..mungkin sebab tengah hari tadi dengar forum 'bila hati sudah cinta' kot..hehehe..nda la..saja ja sebenarnya..tiba-tiba mau update blog..dan tajuk tu yang muncul dalam fikiran aku..


Apasal muka macam sama ja semua ni?adik beradik kali ar..hehehe..

Pertamanya,macam hadis Rasulullah SAW..pilih la pasangan yang beragama..jadi aspek pertama yang dinilai mesti la agama..boleh membimbing ke arah jannah..aku ni jenis suka yang beragama,tapi nampak biasa..maksudnya,dia tau pasal agama,hukum hakam..tapi tidak ditonjolkan sangat dari penampilan dia..means,dressing dia yang biasa-biasa ja..lagi,mesti la yang ada kerjaya..kalau nda,macam mana mau sara keluarga kan..so,agama dan kerjaya menjadi keutamaan..

Pinjam gambar ni jap..nice kan?
Rupa pula,cukup la yang good looking..maksudnya nda juga hensem sangat..just nice..yang sedap mata memandang..kalau hensem betul ni,mesti orang cakap..'laki dia punya la hensem..tapi isteri dia biasa-biasa ja..' oh tidak!betapa tergurisnya hati masa tu..lagipun kalau yang hensem betul ni,mesti ramai yang minat..konfem jadi tumpuan..semua perempuan tengok si suami tu ja..dah la aku ni jenis yang pencemburu..tapi cemburu biasa-biasa ja la..bukan juga cemburu buta..








Siapa setuju kalau aku cakap jejaka-jejaka korea ni hampir semua hensem-hensem belaka?terutamanya artis..angkat tangan..mesti ramai yang angkat tangan punya..mesti la semua setuju yang dorang ni hensem..em,ni bukan mau burukkan dorang..tapi memang ramai yang buat 'plastic surgery'..jadi tak ori la kan?lagipun,saja minat..aspek pertama tadi kan yang beragama..jadi jejaka korea nda termasuk dalam list..*macam la jejaka korea mau pandang ni ba..hehe..


Seterusnya,yang pandai buat kerja rumah..macam masak,mengemas..boleh juga bantu nanti..nda la isteri sorang-sorang ja yang buat semua..kan nice kalau buat sama-sama..masak sama-sama..kemas rumah sama-sama..how sweet..hehe..lagi yang pandai layan karenah anak-anak..maksudnya,termasuk la pandai memujuk..jadi tiada la kes hantar anak-anak pergi rumah mak dia kalau isteri outstation ka..atau kursus..hehe..bukan anak-anak ja yang pandai merajuk,ibu or umi budak pun pandai merajuk juga..:p

Nda payah la terer masak sampai macam chef..masak biasa-biasa pun cukup..asalkan tekak boleh telan..hehe..

Lepas tu,aku suka yang pandai buat lawak..lawak bodoh tu nda la..lawak yang menghiburkan..yang penting,dia boleh buatkan aku ketawa,ceria,dan boleh ubah mood aku..aku ni da la becok,kalau dapat yang pandai buat lawak,semestinya nda pernah la rasa sunyi..hehe..em,kalau boleh nyanyi,lagi best..romantik apa..hehehe..aku suka jenis yang romantik but not kasanova..biar la aku yang pertama dan terakhir..tiada yang lain di hati dia..but of coz la,dia mesti utamakan mak dia dulu..dan aku pula mesti la berusaha untuk jadi menantu kesayangan..*mula berangan..hehe..



So sweet..:)

Seterusnya,yang boleh terima aku apa adanya..yang boleh terima semua kelemahan dan kelebihan yang aku ada..sayang dan cinta aku seadanya..lepas tu,boleh terima dan treat family aku macam yang dia buat dengan family dia..







Aku bukan la perfect..so,i need someone yang boleh melengkapi aku..kan tujuan pernikahan tu sendiri,bukan la untuk mencari yang sempurna..tapi mencari seseorang yang boleh sempurnakan kita..maksudnya saling melengkapi la..


 FB: apa yg aku tau..tgk2 x smestinya suka..suka x smestinya syg..dn syg x smestinya cnta..smuanya brbeza..bkn sma..lngsng x serupa..tp bila hti sdh cnta??

~hnya mmpu biarkn buat sektika..mls utk d fkirkn..biar saat dn ktkanya tba..mgkn dia bkn orgnya..mnnti sapa dia yg sbnrnya d cpta..



Status di fb sebenarnya tu, ada makna..entah la..fall in love tu nda la..cumanya jatuh suka dengan seseorang kali..tapi tu la..suka tak semestinya sayang kan..but nda mustahil berubah kepada sayang..apa pun,hanya mampu tunggu dan lihat..doa mudah-mudahan yang terbaik akan berlaku..



Resepi kasih sayang..






Tittle zaujah tu entah bila sampai serunya..ALLAH saja yang tau..walau siapa pun dia yang diciptakan untukku..pemilik tulang rusuk kiri yang aku ada sekarang,aku terima dia seadanya..sebab itu la orangnya jodoh yang ALLAH sudah tetapkan sejak azali lagi..menunggu saat dan ketikanya tiba..lafaz sakinah yang meniti di bibirnya..


Ok la,sampai sini untuk entri kali ni..nanti update lagi..selamat malam..


p/s: aku bukan jiwang orangnya..aku cuma berjiwa sastera..:)

Monday, February 13, 2012

Special Edition: We are siblings~

Assalamualaikum dan salam kasih sayang semua.


Sebenarnya, lama sudah mau dedicated sesuatu untuk group ni. Tadi lepas pembubaran, tekad mau update blog. Special edition untuk kamu semua - We are siblings. Tu la ungkapan yang boleh saya katakan untuk hubungan kita.

13 Feb 2012 : Tarikh menamatkan perkhidmatan.





9 Ogos 2011: Dilantik dengan rasminya. 

Walaupun kurang setahun kita semua sama-sama dalam organisasi JPP sesi 2011/2012, tapi chemistry tu memang mantap! Dalam group ni, ada abang, kakak, adik. 30 orang kan semua. Ramai tu. Tapi semua ragam bercampur menjadi satu. Macam adik-baradik sama kawan rapat ni. Masing-masing menjadi dahan tempat berpaut di kala susah juga penawar untuk setiap dugaan yang menimpa. Seorang rasa sakit, yang lain pun terasa juga sakit dia. Lagi yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing. 


Agak-agak kalau memang adik-beradik, begini kali ar rupa kita masa kecik-kecik.  Hehehe.. Tapi  ni baru 17  orang. 

Awal pagi tadi, rasa ok ja. Tapi bila dengar ucapan Shahril, mula dah ingat balik kenangan kita semua. Mula dah rasa sedih. Lepas tu masa tengok video korporat kita, sampai part lagu sedih..oh tidak....start crying. Menitis juga air mata. Bukan setakat menitis. Macam mencurah-curah sudah tadi. Rasa sebak ni. Bukan saya ja. Kak Liza, Kak Dera, Kak Winda pun nangis juga. Walaupun cuma berpisah dalam organisasi, tapi memang terasa juga sedih tu. Huhuhu.. Padahal bukan ada yang pindah pun. Masih juga terserempak atau jumpa nanti. Bezanya bukan atas nama JPP sudah. 


Tangisan mengenangkan segala memori yang kita kongsi sama-sama. 

Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar lagi, kita bubar da. Aktiviti pertama yang kita urus, seingat saya kalau aktiviti grand ni..masa Majlis Alumni tu. For the 1st time, kita pakai baju merah kita. Terus semua orang panggil kita AirAsia. Hehehe..


MASAT

AirAsia sedang membahagi-bahagikan makanan. Yang tinggal, kami tapau. Hehehe.. 

Masa ni, semua asyik konon angkat kerusi. Padahal saja minta candid. Hehehe.. But seriously,  teamwork yang hebat. 


Perkara yang paling saya takkan lupa, Family Outing dengan Running Man versi JPP IPGKT. Kenangan terindah. Betul-betul macam family. 


On da way to Bandar Tawau. 


> 18 orang siap berposing masa tunggu bas.

> 19 orang + pro fotographer.
Paling cute. Dalam erti kata yang sebenar, paling rendah antara semua. Hehehe..

Lepas dari bandar untuk beli hadiah, masa untuk ber'running man'. Di sana timbul nama baru > Killing man. Hehehe.. Mana tidaknya, ramai yang bawa luka balik ip. Da most injured > Daus. Kenangan 'killing man' di Shan Shui. Lagi yang luka, Kak Dera, Kak Puni, Kak Liza, Gary Oppa dengan Jess. Parut tu bukti pernah ber'kiling man' di Shan Shui. Hehehe..



Barisan MT yang berdedikasi. Tapi akhirnya menjadi mangsa kami. Hehehe..







Lucu bila tengok gambar-gambar ni. Semuanya hasil plan Bum2. Lepas tu, pass dengan kami semua. Misi singkirkan MT suapaya tidak menang apa-apa pertandingan. Hehehe.. Sorry..

Award: Gary Oppa.

Award: Song Ji Hyo Unnie.

Em mau tanya ni. Sekarang baru menanya. Hehehe.. Siapa yang sponsor aktiviti kita tu? MT ka? Sebab cuma bayar untuk masuk ja ni. Dengan tambah RM5. Makanan, hamper, kek dengan tambang bas siapa sponsor? Tau happy ja masa tu. Baru curious masa sampai bilik lepas dari Shan Shui. Apa pun, a lot of thanks for da sponsor. Moga murah rezeki. 


Kek: Sebelum nyanyi ramai-ramai dengan tiup lilin. 


Kek: Selepas. Selepas lagi dari ni, memang tiada la sudah. Hehehe.. 




Sempat berposing sebelum balik. 

Memang banyak betul kenangan manis dan pengalaman yang saya dapat. Antaranya jadi mc untuk perhimpunan dan aktiviti, urus kertas kerja, urus MPPB. Tidak kurang juga yang yang kurang manis. Tapi ada hikmahnya juga. Lepas ni, saya perlu bertanya sebelum buat apa-apa tindakan. Kena la ikut prosedur. Lagi masa urus MPPB, dapat pengalaman kena cacar. Dan telah menyebarkan virus kepada our boss. Hehehe..


Kesempatan ni, saya mau minta maaf kalau ada tersalah kata, terkasar bahasa atau tidak bagi kerjasama sepanjang tempoh kita bersama. Ikhlas dari hati, from the deep of my heart..i'm really sorry..

Maaf dari hati.

Saranghae. Sayang kamu semua. 


Mudah-mudahan ikatan yang terbina, kekal untuk selamanya. 

Not me, but we. 

Entry ni taklah sespecial mana. Tapi masuk Impian Kasih Seorang Puteri's Book of Record ni. Hehehe.. Paling panjang dengan paling banyak gambar. 






Apa pun, sekali lagi maaf, terima kasih dan salam sayang dari saya. 


Ok. Sampai di sini. Nanti jumpa lagi hari isnin lepas balik dari BIG. Mau packing dulu. Mau ready-ready kena buang laut. Hehehe..


With love, 
Sharmila.







Thursday, February 9, 2012

Dilema, Masalah dan Penyelesaiannya??

Bismillahirrahmanirrahim.


Dilema, masalah dan penyelesaiannya?? Em, minggu lalu saja..aku ada banyak dilema. Lepas tu, sambung lagi minggu ni. Adui~ Huhuhu.. Berfikir dan terus berfikir untuk cari jalan penyelesaian. Ada yang berjaya di atasi dan ada juga yang masih 'on da way' untuk diselesaikan. At the end, tak tau la apa cerita dia. Kena tunggu dan lihat la ni. Kinah, mau mengadu dengan kau ni. Huhuhu..


Ni muka berfikir ka atau sedang mengelamun ni? Ataupun muka malu? Apa-apa ja la. Yang penting, gambar ni menunjukkan yang kononnya aku tengah berfikir dan mengelamun. Hehehe.. Mencari ilham untuk selesaikan semua masalah yang timbul. 


Pertama, pasal hari jumaat lalu. Menimbang-nimbang sama ada mau outing atau tak. Sebabnya, aku ditugaskan untuk iring KPLI j-QAF pi bandar. Mula-mula tu, memang mau pi. Tapi mengingatkan yang aku ni entah berapa kali sudah tak masuk kelas hari jumaat, mula la siri dilema aku. Sudah la belum pernah tengok kawan-kawan aku membentang Pedagogi Pendidikan Islam, ada la ni nanti tak tau macam mana teknik mengajar. Huhuhu.. Last-last, ambik keputusan untuk outing juga. Semuanya sebab mengingatkan yang aku perlu tukar MyKad aku. Sedar diri  sebab belum tukar dari tahun 6. Masih muka time tahun 6 ni. Uzur betul sudah keadaannya. Jadi mesti la tukar. So, outing juga akhirnya dari jam 9 pagi dan sampai hostel jam 5 petang. Terus buka akaun ASNB dengan beli keperluan untuk BIG masa outing tu. Ok, selesai satu dilema.





Keduanya, perkara yang paling aku rasa teringin mau try. Pi pulau. Lepas tu, snorkeling dalam laut. Jalan-jalan tepi pantai sambul nikmati keindahan. Mau try.... Huhuhu.. Ada sudah kena bawa oleh kak senior. Pergi Pulau Mabul. Bayaran dia anggarannya kurang dari RM100. Tapi memandangkan perlu jimat cermat dan tiada kawan sekelas yang join, terpaksa la batalkan hasrat. Terkubur. Nanti la korek balik. Apa yang aku dapat, ada satu perkara. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku sudah diberi kepercayaan untuk pegang jawatan Naib Pengerusi untuk Ijtima' Solehah, kalau aku pi Pulau Mabul..mesti tugas dan tanggungjawab tidak terlaksana. Sebabnya, ada program 'Rasulullah Model Kasih Sayang' masa hari Isnin tu. Jadi berlanggar masa dia dengan trip pi Mabul. Tak pa, nanti merasa juga pi laut. Kena buang tengah laut lagi. Hehehe.. BIG nanti. Jadi untuk yang ni, tak juga frust betul la. 


Dilema ketiga, telah berjaya diselesaikan. Tahniah Shar. Hehehe.. Kin, aku pun mau ambik lesen sudah. Please say congrate to me. Baru mendaftar hari tu. Hari Ahad ni, aku mula ceramah. Ni pun, lepas berfikir panjang. Siap minta pandangan mama dengan bapa lagi. Tapi semester ni, aku cuma ambik lesen L ja dulu. Semester depan baru ambik P. Kalau sekaligus habiskan sem ni, alamatnya ada la nanti orang kebuluran. Huhuhu.. Untuk pendaftaran ja, RM170 sudah. Kalau habiskan L, dekat RM500 juga la semua. So, dear myself. Please, jangan boros guna duit. 



Ni gambar kereta yang kononya sesuai untuk aku. Ala, pernah dulu application ni ada dekat fb. Comel juga. Tapi tak suka warna dia. Garang betul. Mau warna hijau. Hehehe.. Mengidam mau ada kereta sendiri. InsyaALLAH. Tunggu beberapa tahun akan datang. 


Dilema yang masih menghantui aku sekarang ni, pasal SBE. Tak tau lagi mau SBE dekat mana. Takkan la di SK.Salimandut, Kota Marudu? Sekolah rendah aku dulu. Best tu mungkin best. Sebab ramai lagi guru-guru dekat sana. Senang la berurusan nanti. Tapi macam bikin malu pula. Sudah tu, otak ni fikir pasal banyak perkara kalau aku SBE dekat sana. Rasanya SBE dekat sekolah tempat pak cik mengajar kali ni. Di SK.Talantang, Kota Marudu. Belum lepas pun SBE pertama ni, aku mula sudah fikir SBE seterusnya. Ya ALLAH.. Entah la kenapa aku ni. Semua perkara mau difikir. Padahal lama lagi. Huhuhu..




Ni rupa aku masa praktikum nanti kot. Cartoon version. Comel kan? Hehehe..


Last sekali, pasal flight. Ni secret sikit la. Kalau ada sesiapa terbaca entry ni, takut heboh pula. Berangan jap. Macam la ramai orang baca blog ni. Huhuhu.. Apa pun, semua ni nanti la aku fikir betul-betul lepas BIG. Sebab lepas BIG baru la berkurang satu demi satu dilema dan masalah yang datang ni. Jadi kena la selesaikan satu-satu. Apa yang bagi semangat dengan aku, bila aku ingat ayat ni. 

> Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. (Al-Insyirah: 5)


Aku yakin dengan janji ALLAH. Selepas datang kesusahan itu, pasti ada kemudahan dan kesenangan yang menanti. InsyaALLAH. Macam masa belajar ni la. Kita rasa susah betul. Tapi hikmahnya, ganjarannya, nanti senang sikit hidup bila ada kerja. tapi biar la segala apa yang kita buat, ikhlaskan niat dulu. Biar semuanya lillahi ta'ala.


~D.U.I.T > Doa, usaha, ikhtiar/istiqamah dan tawakal alallah = kejayaan yang sebenar.

Selamat beramal.