Thursday, February 9, 2012

Dilema, Masalah dan Penyelesaiannya??

Bismillahirrahmanirrahim.


Dilema, masalah dan penyelesaiannya?? Em, minggu lalu saja..aku ada banyak dilema. Lepas tu, sambung lagi minggu ni. Adui~ Huhuhu.. Berfikir dan terus berfikir untuk cari jalan penyelesaian. Ada yang berjaya di atasi dan ada juga yang masih 'on da way' untuk diselesaikan. At the end, tak tau la apa cerita dia. Kena tunggu dan lihat la ni. Kinah, mau mengadu dengan kau ni. Huhuhu..


Ni muka berfikir ka atau sedang mengelamun ni? Ataupun muka malu? Apa-apa ja la. Yang penting, gambar ni menunjukkan yang kononnya aku tengah berfikir dan mengelamun. Hehehe.. Mencari ilham untuk selesaikan semua masalah yang timbul. 


Pertama, pasal hari jumaat lalu. Menimbang-nimbang sama ada mau outing atau tak. Sebabnya, aku ditugaskan untuk iring KPLI j-QAF pi bandar. Mula-mula tu, memang mau pi. Tapi mengingatkan yang aku ni entah berapa kali sudah tak masuk kelas hari jumaat, mula la siri dilema aku. Sudah la belum pernah tengok kawan-kawan aku membentang Pedagogi Pendidikan Islam, ada la ni nanti tak tau macam mana teknik mengajar. Huhuhu.. Last-last, ambik keputusan untuk outing juga. Semuanya sebab mengingatkan yang aku perlu tukar MyKad aku. Sedar diri  sebab belum tukar dari tahun 6. Masih muka time tahun 6 ni. Uzur betul sudah keadaannya. Jadi mesti la tukar. So, outing juga akhirnya dari jam 9 pagi dan sampai hostel jam 5 petang. Terus buka akaun ASNB dengan beli keperluan untuk BIG masa outing tu. Ok, selesai satu dilema.





Keduanya, perkara yang paling aku rasa teringin mau try. Pi pulau. Lepas tu, snorkeling dalam laut. Jalan-jalan tepi pantai sambul nikmati keindahan. Mau try.... Huhuhu.. Ada sudah kena bawa oleh kak senior. Pergi Pulau Mabul. Bayaran dia anggarannya kurang dari RM100. Tapi memandangkan perlu jimat cermat dan tiada kawan sekelas yang join, terpaksa la batalkan hasrat. Terkubur. Nanti la korek balik. Apa yang aku dapat, ada satu perkara. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku sudah diberi kepercayaan untuk pegang jawatan Naib Pengerusi untuk Ijtima' Solehah, kalau aku pi Pulau Mabul..mesti tugas dan tanggungjawab tidak terlaksana. Sebabnya, ada program 'Rasulullah Model Kasih Sayang' masa hari Isnin tu. Jadi berlanggar masa dia dengan trip pi Mabul. Tak pa, nanti merasa juga pi laut. Kena buang tengah laut lagi. Hehehe.. BIG nanti. Jadi untuk yang ni, tak juga frust betul la. 


Dilema ketiga, telah berjaya diselesaikan. Tahniah Shar. Hehehe.. Kin, aku pun mau ambik lesen sudah. Please say congrate to me. Baru mendaftar hari tu. Hari Ahad ni, aku mula ceramah. Ni pun, lepas berfikir panjang. Siap minta pandangan mama dengan bapa lagi. Tapi semester ni, aku cuma ambik lesen L ja dulu. Semester depan baru ambik P. Kalau sekaligus habiskan sem ni, alamatnya ada la nanti orang kebuluran. Huhuhu.. Untuk pendaftaran ja, RM170 sudah. Kalau habiskan L, dekat RM500 juga la semua. So, dear myself. Please, jangan boros guna duit. 



Ni gambar kereta yang kononya sesuai untuk aku. Ala, pernah dulu application ni ada dekat fb. Comel juga. Tapi tak suka warna dia. Garang betul. Mau warna hijau. Hehehe.. Mengidam mau ada kereta sendiri. InsyaALLAH. Tunggu beberapa tahun akan datang. 


Dilema yang masih menghantui aku sekarang ni, pasal SBE. Tak tau lagi mau SBE dekat mana. Takkan la di SK.Salimandut, Kota Marudu? Sekolah rendah aku dulu. Best tu mungkin best. Sebab ramai lagi guru-guru dekat sana. Senang la berurusan nanti. Tapi macam bikin malu pula. Sudah tu, otak ni fikir pasal banyak perkara kalau aku SBE dekat sana. Rasanya SBE dekat sekolah tempat pak cik mengajar kali ni. Di SK.Talantang, Kota Marudu. Belum lepas pun SBE pertama ni, aku mula sudah fikir SBE seterusnya. Ya ALLAH.. Entah la kenapa aku ni. Semua perkara mau difikir. Padahal lama lagi. Huhuhu..




Ni rupa aku masa praktikum nanti kot. Cartoon version. Comel kan? Hehehe..


Last sekali, pasal flight. Ni secret sikit la. Kalau ada sesiapa terbaca entry ni, takut heboh pula. Berangan jap. Macam la ramai orang baca blog ni. Huhuhu.. Apa pun, semua ni nanti la aku fikir betul-betul lepas BIG. Sebab lepas BIG baru la berkurang satu demi satu dilema dan masalah yang datang ni. Jadi kena la selesaikan satu-satu. Apa yang bagi semangat dengan aku, bila aku ingat ayat ni. 

> Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. (Al-Insyirah: 5)


Aku yakin dengan janji ALLAH. Selepas datang kesusahan itu, pasti ada kemudahan dan kesenangan yang menanti. InsyaALLAH. Macam masa belajar ni la. Kita rasa susah betul. Tapi hikmahnya, ganjarannya, nanti senang sikit hidup bila ada kerja. tapi biar la segala apa yang kita buat, ikhlaskan niat dulu. Biar semuanya lillahi ta'ala.


~D.U.I.T > Doa, usaha, ikhtiar/istiqamah dan tawakal alallah = kejayaan yang sebenar.

Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment