Sunday, January 29, 2012

Kisah: Seharian Mengembara~

Assalamualaikum. Hi and a very good morning.



Macam mau buat public speaking la pulak. Em sekali lagi update blog pagi-pagi buta. Apa nak buat, same thing happen like the previous post. Mata masih bertahan. Padahal seharian mengembara. Dalam kata yang lain, menghabiskan duit. Huhuhu.. Lagipun kalau tak update sekarang cerita ni, macam tiada feel sudah macam mana sebenarnya kisah pengembaraan hari ni.

Sempena Mr.Elaun yang masuk pada hari khamis, saya dengan Dila pun merancang untuk keluar bandar pada hari jumaat. Malangnya, tiada bas yang dapat hantar kami untuk ke bandar. Betapa kecewanya hatiku masa tu. Ni apa kes pula ayat skema ni? Ok tukar-tukar. Jadi, bila ada kak senior offer untuk sama-sama outing, cepat-cepat setuju. Siap senyum-senyum lagi. Suka! Hehehe..


#Masa tu, senyum lebih kurang macam ni la. Tapi lagi comel kot! *Perasan jap.

Kami jalan jam 9 pagi. Sewa kereta umi, isteri ustaz. Destinasi pertama mesti la yang paling membahagiakan. En.BSN. Bila tengok duit dalam akaun, wow! 1st time dalam akaun ada jumlah sebegitu besar.



# Sekadar gambar hiasan. Tak la sampai banyak macam ni pun.


Memang awal-awal lagi, otak sudah mencongak dan menyenaraikan belanjawan untuk satu sem ni. Duit yang ada, mesti la kena jimat cermat. Kalau tak, ada nanti kebulur. Nauzubillah.. Jadi aku pun cepat-cepat save untuk khas beli tiket flight. Berpandangan jauh kan?



#Agak-agak kalau flight macam ni, siapa yang berani naik? Macam tak boleh harap ja sebab nampak macam kat belakang pula tu yang sarat. Hehehe..

Kami makan di Wakaf Thai Tom Yam. Tu ka nama restoran tu ar? Kali la. Tak pernah sampai sebelum ni. Lepas tu beli tudung dan buat pertama kalinya beli pashmina. Entahla pashmina ka shawl. Tapi yang pasti, setelah diteliti..sangat la tidak maching dengan baju yang kononnya ingin dipadankan. Ottoke? Simpan ja la. Tak kan mau buang pula kan?

Satu perkara yang sampai sekarang rasa macam tak berapa berbaloi adalah broadband. Rasa macam mau tutup mata ja masukkan duit melalui kiosk tadi. Tapi kalau tutup mata karang, terlebih pula nanti masukkan duit. Apa pun, boleh dah tersenyum sikit. Jeng..jeng..jeng! Sebab boleh dah buka penulisan2u dengan you tube tadi. Hehehe.. Dear broadband, please be kind to me. Don't be slow ok? I warn you!



Semua orang suka kena manja. Betul kan? Jadi hari ni, saya pun mengambil peluang untuk memanjakan 'my sayang'. Beli dia baju, kipas dengan skin care. Tanpa 'my sayang' ni, tentu saya akan tersangat la bosan. Don't be prejudice ok. 'My sayang' is my laptop. Hehehe.. Tadi belikan dia sleeve pouch, cooler pad dengan notebook skin. Biar dia jadi lawa sikit.


Buat pertama kalinya juga setelah setahun setengah hidup di Tawau ni, aku menjejakkan kaki ke Eastern Plaza. Besar la juga tempat tu. Round-round. Dan terpadang satu rak yang penuh dengan novel. Best-best lagi tu. Kalau boleh, mau angkut ja semua. Tapi bukan untuk dijual pun. Untuk disewa. Jadi tengok ja la. Huhuhu.. Dekat sini juga, aku try mesin 'Rest N Go'. Bestnya! Lama dah rasa mau kena urut. Apa? Sakai, jakun, kebaru-baruan? Hehehe.. Dah memang aku pertama kali try. Mana taknya, mesin ni mana ada di KM atau di KB. Tu la tempat aku membesar. Pernah nampak mesin ni masa dekat KL Sentral ja dulu. Tapi tak sempat try. Tadi mula-mula masukkan seringgit untuk 3 minit. Lepas tu, tmbh lagi for another 3 minutes. Hehehe..


Tadaa...Manisnya cinta by Anis Ayuni. Selepas berperang dengan keinginan mau beli mana satu, akhirnya aku beli novel ni dengan harga RM20 di Quang Ming. Ni novel yang ketiga yang aku sendiri ownernya. Kalau my bff tu, jangan cakap. Berbelas sudah novel dia. Kinah, i'm so jeles with u. Hehehe..

Servay and Giant are the last destination. Solat maghrib dekat Giant. Lepas tu, mula lagi meround. Di sini, aku beli epal dengan sundae perisa yam. Teringat dengan novel 'Coke and Sundae' terus. Pasal novel lagi! Dan tadi, aku terpaksa makan sundae cair. Huhuhu.. Sedih ni. Belum habis pun. Manis betul!

Sebenarnya banyak betul lagi benda yang belum dibeli. Khasnya untuk BIG nanti. Takpe..takpe.. Nanti outing lagi. Trip banyak duit kejap. Benda yang diimpi-impikan sekarang ni, semestinya external hard disk. Cik Kinah, sudikah kiranya saudari tolong belikan saya external hard disk dekat Sarawak? Duit akan ku titipkan. Hehehe.. Murah ka dekat sana kin? Mau yang 500GB. Servay harga dulu.

# Really want this....


The conclusion is, hari ni banyak tempat baru yang diterokai. Jam 9 setengah malam baru sampai ip. Dan banyak juga duit hilang, melayang. Bagi-bagi ja dengan orang kat bandar tadi. Huhuhu.. Tapi semuanya, insyaALLAH penting. Hehehe.. And the last, alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur sebab dapat masuk IPG. Dibiayai dan will be in a good profession. Teacher to be.

That's all. Syukuri nikmat yang diberi.

Friday, January 27, 2012

Pen'jenama'an Semula~

Assalamualaikum blog sayang..

I suppose to say good morning right?because it's already 1 o'clock.

Mata belum mau terlelap lagi..padahal tiada tidur pun petang tadi..jadi saya pun ambil keputusan untuk jenguk blog ni..padahal kelmarin baru buat 2 entri..semangat mau 'blogging' la katakan..hehehe..'boring' sebenarnya, sebab tu mencoret yang entah apa-apa untuk blog ni..

Pen'jenama'an semula..maksudnya,blog ni sudah melalui transformasi..macam 'high class' betul pula kan?mau guna istilah apa ar?em,naik taraf la..sudah di 'touch up' sikit-sikit..dengan dulu nama blog ni IMPIAN KASIH..sekarang ni sudah diubah kepada ~Impian Kasih Seorang Puteri~..jangan tak tau..bukannya saya perasan macam puteri pun,tapi hakikatnya memang macam tu..setiap wanita adalah PUTERI..

Puteri kepada ibu dan ayah,mama dan bapa,umi dan abi atau apa saja panggilan yang kita gunakan untuk menunjukkan yang kita ni adalah seorang anak..jadi saya adalah puteri kepada pasangan Jumana bin Lamaus dan Loria binti Booman..dan saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai anak mereka..lar..apasal pula mood macam mau nangis ni?huhuhu..I miss them so much.....


Boleh tahan juga sensitif puteri blog ni ar..plan mau cerita pasal pen'jenama'an semula..last-last,mood sedih..em,ok tukar balik mood..


Transformer >> boleh dah senyum..tiba-tiba berubah jadi Heliza Helmi pula..


Dari seorang puteri,saya akan berubah pula menjadi permaisuri..bukan saya saja..insyaALLAH..semua wanita juga akan memegang tittle 'Permaisuri'..rajanya tak tau pula siapa..ALLAH sudah tetapkan..cuma perlu tunggu detik dan masanya..kalau sebut pasal ni,mesti tersenyum sendiri..hehehe..



Idaman semua wanita>>> pernikahan..


Mungkin ada yang tertanya, kenapa guna nama 'Bidadari Syurga' atau dalam bahasa arabnya > Huriyahtul Jannah..sebab rasa kagumnya dengan bidadari di syurga kelak..seperti yang digambarkan..lagipun tak salah kan berangan?angan dan usaha untuk ke arah itu..walau tak tercapai,sekurang-kurangnya kita pernah berangan..tak jadi bidadari syurga pun tak pa..boleh jadi hamba ALLAH yang solehah..sama-sama kita mengapai cinta dan redha ALLAH..

Cuba untuk jadikan hari ini lebih baik dari semalam..pesanan buat diri dan semua yang menjenguk ke sini..

Semoga berjaya..bittaufiq wa najah..

Thursday, January 26, 2012

Favourite Colours??

Everyone has his or her own perception about colour. I have my own favourite colour too. >> begini la ayat yang aku guna masa buat karangan fakta..msti mula dengan 'everyone'..macam tiada ayat lain ni..hehehe..ni masa sekolah menengah dulu..sekarang ada perubahan sikit kot..kot ja la..

Sebenarnya kali ni, mau cerita pasal warna..citrawarna..cuba anda bayangkan kalau dekat dunia ni,ada satu warna ja..mesti nda best kan?jadi,kena la bersyukur sebab ALLAH ciptakan alam ni penuh dengan warna warni..kalau rasa bersyukur cakap apa murid-murid?Alhamdulillah..bagus,pandai pun..hehehe..

"Dalam entri tahun lalu,kata minat warna hijau..tapi kenapa pula warna blog ni warna jingga?" agak-agak,ada yang tertanya macam ni?perasan la pula..em nda pa la..mau juga bagitau..pemilik blog yang tak seberapa ni,sebenarnya ada banyak favourite colours..hampir semua la..kalau warna hitam ni,suka pakai..macam baju,seluar dengan tudung warna hitam..ala macam kata Rain,hitam itu menawan..dan tak payah iron..sebab tak ketara kusut..ni kes,kalau penyakit malas datang..hehehe..tapi jarang la buat..takut nampak selekeh..imej kena la jaga..kan??

Gambar-gambar di bawah ni la warna kegemaranku..yang paling digemari..:







2 in 1..favourite colours and the places that I want to go..so beautiful right?let say,all praises to ALLAH..Subhanallah for the beautiful creations..









Bohong la kalau ada perempuan yang tak suka bunga..mesti suka punya la..sudah fitrah macam tu kan..perempuan ni suka benda-benda cantik..lebih-lebih lagi bunga..especially rose..ada sesiapa ka yang mau bagi bunga ros dengan pemilik blog ni?kalau ada,senang ja..hantarkan pi IPG Kampus Tawau k..mula berangan..hehehe..

Kalau jari ni sudah mula menaip,banyak la 'kerepek' yang dibuat..tiba-tiba teruja dengan blog..ok,lets start blogging..peace...

Thats all for this time..see you again~

Lupa Kewujudannya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Lupa kewujudannya..kewujudan siapa?bukan siapa-siapa pun..hanya lupa dengan kewujudan blog ni..ingatkan tiada sudah..mana tau kan hilang tiba-tiba..hehehe..bila sibuk mencari bahan bacaan di blog orang,tiba-tiba ingat yang aku ni 'pernah konon' buat blog..ingat punya ingat,akhirnya terselit juga pula dalam minda..apa password blog ni..

Eee entah la..nda tau mau cakap apa..aku suka dengan blog..tapi masalahnya,aku ni bukannya budak IT..tak tau macam mana mau 'make up' blog ni..sedih kan?huhuhu..ni pun,sedih sudah ni..meluah tanpa pengetahuan sesiapa..tadi,cuba untuk 'make up' blog..sayangnya tak juga pandai cantik-cantik..sedihnya....



Tapi tak juga la sampai nangis..sekadar gambar hiasan..hehehe..em bestnya merepek..entah apa-apa yang jari jemari ni taip..cakap pasal Impian Kasih,ada juga impian sekarang ni..mau berguru dengan siapa-siapa yang terer pasal blog..nanti la kalau berpeluang..siapa la gerangannya yang jadi mangsa aku ni..hehehe..

Lagi,mudah-mudahan satu hari nanti..ada juga yang akan melawat blog ni..sekadar jenguk pun dah cukup bagus..macam minta simpati la pula..huhuhu..impian yang pasti sekarang ni,aku teringin bergelar seorang NOVELIS..insyaALLAH..amiin~

Nanti ada masa,blog ni akan ku isikan dengan novel-novel yang sedang aku usahakan..untuk disiapkan..mau tau apa tajuk dia?kena la sabar menanti..

Aku ni betul-betul gila membaca..tapi gila novel ja..bahan-bahan ilmiah,diketepikan..masa dekat-dekat exam,baru la tengok buku..entah mau jadi apa la ni..

Alhmdulillah..hari ni,MR.ELAUN dah masuk..senyum lebar bila dapat tau..kalau boleh,macam mau beli novel banyak-banyak..tapi,kena la jimat..jangan membazir..nampaknya,kepunan la ni untuk memiliki novel..tengok gembar pun cu...kup la...


Panjang dah merepek..ok sehingga bertemu lagi MISS IMPIAN KASIH..take care!