Friday, February 4, 2011

Di sini mulanya 'Impian Kasih'..

Assalamualaikum 'Impian Kasih..' ^^

Hari ni,tuan empunya 'Impian Kasih' memulakan satu misi..misi memulakan alam penulisan maya..hehe..kiranya hari ni hari kelahiran 'Impian Kasih' la..agak2 apa ya yang diimpikan 2?bak lagu Dato' Siti Nurhaliza,biarlah rahsia..hehe..

Masih awal lagi..nanti tak suprise lah kalau cerita sekarang ni..(eh2..si penulis ni..macamlah ada orang yang tahu pasal blog ni..)ya tak ya juga..tapi tak apalah..yang penting saya bahagia..hehe..sebenarnya saya tak mahir pasal blog2 ni..ni pun baru percubaan..kalau tak cuba sekarang.bila lagi?ye tak? ^^

Sebuah bangunan pencakar langit juga dimulakan dengan sebiji bata kecil tau..dan seorang bayi juga pandai berjalan dengan permulaan langkah kecil sahaja..tu pun jatuh2..(aik,da menyimpang kat mana pl ni?)hehe.. sebenarnya pucuk pangkalnya (betul kah istilah ni?ah lantaklah..hehe..) di sini,cuma nak cakap yang semua perkara perlu dimulakan dengan apa cara sekalipun..sebab dari situ,mesti ada kesinambungannya..

Disinilah mulanya..'Impian Kasih'ku..

p/s: hijau kegemaranku..(iklan tajaan>>Impian Kasih.. ) ^^