Sunday, January 29, 2012

Kisah: Seharian Mengembara~

Assalamualaikum. Hi and a very good morning.



Macam mau buat public speaking la pulak. Em sekali lagi update blog pagi-pagi buta. Apa nak buat, same thing happen like the previous post. Mata masih bertahan. Padahal seharian mengembara. Dalam kata yang lain, menghabiskan duit. Huhuhu.. Lagipun kalau tak update sekarang cerita ni, macam tiada feel sudah macam mana sebenarnya kisah pengembaraan hari ni.

Sempena Mr.Elaun yang masuk pada hari khamis, saya dengan Dila pun merancang untuk keluar bandar pada hari jumaat. Malangnya, tiada bas yang dapat hantar kami untuk ke bandar. Betapa kecewanya hatiku masa tu. Ni apa kes pula ayat skema ni? Ok tukar-tukar. Jadi, bila ada kak senior offer untuk sama-sama outing, cepat-cepat setuju. Siap senyum-senyum lagi. Suka! Hehehe..


#Masa tu, senyum lebih kurang macam ni la. Tapi lagi comel kot! *Perasan jap.

Kami jalan jam 9 pagi. Sewa kereta umi, isteri ustaz. Destinasi pertama mesti la yang paling membahagiakan. En.BSN. Bila tengok duit dalam akaun, wow! 1st time dalam akaun ada jumlah sebegitu besar.



# Sekadar gambar hiasan. Tak la sampai banyak macam ni pun.


Memang awal-awal lagi, otak sudah mencongak dan menyenaraikan belanjawan untuk satu sem ni. Duit yang ada, mesti la kena jimat cermat. Kalau tak, ada nanti kebulur. Nauzubillah.. Jadi aku pun cepat-cepat save untuk khas beli tiket flight. Berpandangan jauh kan?



#Agak-agak kalau flight macam ni, siapa yang berani naik? Macam tak boleh harap ja sebab nampak macam kat belakang pula tu yang sarat. Hehehe..

Kami makan di Wakaf Thai Tom Yam. Tu ka nama restoran tu ar? Kali la. Tak pernah sampai sebelum ni. Lepas tu beli tudung dan buat pertama kalinya beli pashmina. Entahla pashmina ka shawl. Tapi yang pasti, setelah diteliti..sangat la tidak maching dengan baju yang kononnya ingin dipadankan. Ottoke? Simpan ja la. Tak kan mau buang pula kan?

Satu perkara yang sampai sekarang rasa macam tak berapa berbaloi adalah broadband. Rasa macam mau tutup mata ja masukkan duit melalui kiosk tadi. Tapi kalau tutup mata karang, terlebih pula nanti masukkan duit. Apa pun, boleh dah tersenyum sikit. Jeng..jeng..jeng! Sebab boleh dah buka penulisan2u dengan you tube tadi. Hehehe.. Dear broadband, please be kind to me. Don't be slow ok? I warn you!



Semua orang suka kena manja. Betul kan? Jadi hari ni, saya pun mengambil peluang untuk memanjakan 'my sayang'. Beli dia baju, kipas dengan skin care. Tanpa 'my sayang' ni, tentu saya akan tersangat la bosan. Don't be prejudice ok. 'My sayang' is my laptop. Hehehe.. Tadi belikan dia sleeve pouch, cooler pad dengan notebook skin. Biar dia jadi lawa sikit.


Buat pertama kalinya juga setelah setahun setengah hidup di Tawau ni, aku menjejakkan kaki ke Eastern Plaza. Besar la juga tempat tu. Round-round. Dan terpadang satu rak yang penuh dengan novel. Best-best lagi tu. Kalau boleh, mau angkut ja semua. Tapi bukan untuk dijual pun. Untuk disewa. Jadi tengok ja la. Huhuhu.. Dekat sini juga, aku try mesin 'Rest N Go'. Bestnya! Lama dah rasa mau kena urut. Apa? Sakai, jakun, kebaru-baruan? Hehehe.. Dah memang aku pertama kali try. Mana taknya, mesin ni mana ada di KM atau di KB. Tu la tempat aku membesar. Pernah nampak mesin ni masa dekat KL Sentral ja dulu. Tapi tak sempat try. Tadi mula-mula masukkan seringgit untuk 3 minit. Lepas tu, tmbh lagi for another 3 minutes. Hehehe..


Tadaa...Manisnya cinta by Anis Ayuni. Selepas berperang dengan keinginan mau beli mana satu, akhirnya aku beli novel ni dengan harga RM20 di Quang Ming. Ni novel yang ketiga yang aku sendiri ownernya. Kalau my bff tu, jangan cakap. Berbelas sudah novel dia. Kinah, i'm so jeles with u. Hehehe..

Servay and Giant are the last destination. Solat maghrib dekat Giant. Lepas tu, mula lagi meround. Di sini, aku beli epal dengan sundae perisa yam. Teringat dengan novel 'Coke and Sundae' terus. Pasal novel lagi! Dan tadi, aku terpaksa makan sundae cair. Huhuhu.. Sedih ni. Belum habis pun. Manis betul!

Sebenarnya banyak betul lagi benda yang belum dibeli. Khasnya untuk BIG nanti. Takpe..takpe.. Nanti outing lagi. Trip banyak duit kejap. Benda yang diimpi-impikan sekarang ni, semestinya external hard disk. Cik Kinah, sudikah kiranya saudari tolong belikan saya external hard disk dekat Sarawak? Duit akan ku titipkan. Hehehe.. Murah ka dekat sana kin? Mau yang 500GB. Servay harga dulu.

# Really want this....


The conclusion is, hari ni banyak tempat baru yang diterokai. Jam 9 setengah malam baru sampai ip. Dan banyak juga duit hilang, melayang. Bagi-bagi ja dengan orang kat bandar tadi. Huhuhu.. Tapi semuanya, insyaALLAH penting. Hehehe.. And the last, alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur sebab dapat masuk IPG. Dibiayai dan will be in a good profession. Teacher to be.

That's all. Syukuri nikmat yang diberi.

No comments:

Post a Comment