Monday, February 13, 2012

Special Edition: We are siblings~

Assalamualaikum dan salam kasih sayang semua.


Sebenarnya, lama sudah mau dedicated sesuatu untuk group ni. Tadi lepas pembubaran, tekad mau update blog. Special edition untuk kamu semua - We are siblings. Tu la ungkapan yang boleh saya katakan untuk hubungan kita.

13 Feb 2012 : Tarikh menamatkan perkhidmatan.





9 Ogos 2011: Dilantik dengan rasminya. 

Walaupun kurang setahun kita semua sama-sama dalam organisasi JPP sesi 2011/2012, tapi chemistry tu memang mantap! Dalam group ni, ada abang, kakak, adik. 30 orang kan semua. Ramai tu. Tapi semua ragam bercampur menjadi satu. Macam adik-baradik sama kawan rapat ni. Masing-masing menjadi dahan tempat berpaut di kala susah juga penawar untuk setiap dugaan yang menimpa. Seorang rasa sakit, yang lain pun terasa juga sakit dia. Lagi yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing. 


Agak-agak kalau memang adik-beradik, begini kali ar rupa kita masa kecik-kecik.  Hehehe.. Tapi  ni baru 17  orang. 

Awal pagi tadi, rasa ok ja. Tapi bila dengar ucapan Shahril, mula dah ingat balik kenangan kita semua. Mula dah rasa sedih. Lepas tu masa tengok video korporat kita, sampai part lagu sedih..oh tidak....start crying. Menitis juga air mata. Bukan setakat menitis. Macam mencurah-curah sudah tadi. Rasa sebak ni. Bukan saya ja. Kak Liza, Kak Dera, Kak Winda pun nangis juga. Walaupun cuma berpisah dalam organisasi, tapi memang terasa juga sedih tu. Huhuhu.. Padahal bukan ada yang pindah pun. Masih juga terserempak atau jumpa nanti. Bezanya bukan atas nama JPP sudah. 


Tangisan mengenangkan segala memori yang kita kongsi sama-sama. 

Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar lagi, kita bubar da. Aktiviti pertama yang kita urus, seingat saya kalau aktiviti grand ni..masa Majlis Alumni tu. For the 1st time, kita pakai baju merah kita. Terus semua orang panggil kita AirAsia. Hehehe..


MASAT

AirAsia sedang membahagi-bahagikan makanan. Yang tinggal, kami tapau. Hehehe.. 

Masa ni, semua asyik konon angkat kerusi. Padahal saja minta candid. Hehehe.. But seriously,  teamwork yang hebat. 


Perkara yang paling saya takkan lupa, Family Outing dengan Running Man versi JPP IPGKT. Kenangan terindah. Betul-betul macam family. 


On da way to Bandar Tawau. 


> 18 orang siap berposing masa tunggu bas.

> 19 orang + pro fotographer.
Paling cute. Dalam erti kata yang sebenar, paling rendah antara semua. Hehehe..

Lepas dari bandar untuk beli hadiah, masa untuk ber'running man'. Di sana timbul nama baru > Killing man. Hehehe.. Mana tidaknya, ramai yang bawa luka balik ip. Da most injured > Daus. Kenangan 'killing man' di Shan Shui. Lagi yang luka, Kak Dera, Kak Puni, Kak Liza, Gary Oppa dengan Jess. Parut tu bukti pernah ber'kiling man' di Shan Shui. Hehehe..



Barisan MT yang berdedikasi. Tapi akhirnya menjadi mangsa kami. Hehehe..







Lucu bila tengok gambar-gambar ni. Semuanya hasil plan Bum2. Lepas tu, pass dengan kami semua. Misi singkirkan MT suapaya tidak menang apa-apa pertandingan. Hehehe.. Sorry..

Award: Gary Oppa.

Award: Song Ji Hyo Unnie.

Em mau tanya ni. Sekarang baru menanya. Hehehe.. Siapa yang sponsor aktiviti kita tu? MT ka? Sebab cuma bayar untuk masuk ja ni. Dengan tambah RM5. Makanan, hamper, kek dengan tambang bas siapa sponsor? Tau happy ja masa tu. Baru curious masa sampai bilik lepas dari Shan Shui. Apa pun, a lot of thanks for da sponsor. Moga murah rezeki. 


Kek: Sebelum nyanyi ramai-ramai dengan tiup lilin. 


Kek: Selepas. Selepas lagi dari ni, memang tiada la sudah. Hehehe.. 




Sempat berposing sebelum balik. 

Memang banyak betul kenangan manis dan pengalaman yang saya dapat. Antaranya jadi mc untuk perhimpunan dan aktiviti, urus kertas kerja, urus MPPB. Tidak kurang juga yang yang kurang manis. Tapi ada hikmahnya juga. Lepas ni, saya perlu bertanya sebelum buat apa-apa tindakan. Kena la ikut prosedur. Lagi masa urus MPPB, dapat pengalaman kena cacar. Dan telah menyebarkan virus kepada our boss. Hehehe..


Kesempatan ni, saya mau minta maaf kalau ada tersalah kata, terkasar bahasa atau tidak bagi kerjasama sepanjang tempoh kita bersama. Ikhlas dari hati, from the deep of my heart..i'm really sorry..

Maaf dari hati.

Saranghae. Sayang kamu semua. 


Mudah-mudahan ikatan yang terbina, kekal untuk selamanya. 

Not me, but we. 

Entry ni taklah sespecial mana. Tapi masuk Impian Kasih Seorang Puteri's Book of Record ni. Hehehe.. Paling panjang dengan paling banyak gambar. 






Apa pun, sekali lagi maaf, terima kasih dan salam sayang dari saya. 


Ok. Sampai di sini. Nanti jumpa lagi hari isnin lepas balik dari BIG. Mau packing dulu. Mau ready-ready kena buang laut. Hehehe..


With love, 
Sharmila.







6 comments:

  1. jPp kali nie mmg berusaha keras sgt.
    go0d job!
    proud with all of you (^,~)
    heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak eyqa..em sbbnya kmi bkrja d bwh MT yg brkaliber..em td bru nmpk post dkt group jpp..thniah kak..slmt brjuang jd bndahari..^^

      Delete
  2. sharmila...... alalala.. kedapatan sudah saya ni hahaa
    matilah sa oleh MT hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bum,napa?dorg blm tau ka?hehe..ba hah,jgala ko bum..hehe..

      Delete
  3. same goes to you sis^^ terharu T_T
    dan kantoi menangis pula... ehhehehhe^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak wynda,hehe..ya ba kak..trharu btl tme 2..dgr muzik dgn bca kata2 dkt skrin..trus nangis ni..

      Delete